Pengenalan
Koperasi Pakar Digital Kedah Berhad atau Cooperative of Digital Experts (CodeX) ialah inisiatif inovasi sosial yang diterajui oleh pakar ICT Universiti Utara Malaysia. Tujuannya ialah mewujudkan ekosistem keusahawanan akademia yang lestari dan berdaya maju, selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030.
CodeX diasaskan atas dasar kesetiakawanan, kebajikan dan semangat bantu-membantu dalam kalangan anggotanya. Koperasi ini berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta menjadi anggota Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).
Melalui kepakaran dan jaringan ahli, CodeX menyokong pembangunan ekonomi digital negara, memupuk keusahawanan siber, serta memastikan kebajikan ekonomi anggota sentiasa terpelihara.
Identiti Utama CodeX
- 01Berteraskan prinsip koperasi: kesetiakawanan, kebajikan dan bantu-membantu.
- 02Sokongan padu daripada kepakaran ICT UUM dan rangkaian alumni.
- 03Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 untuk memperkasa ekonomi digital.