Fungsi & Aktiviti
CodeX beroperasi sebagai koperasi berteraskan perkhidmatan dengan portfolio yang merangkumi penyelidikan, perundingan, latihan, keusahawanan digital dan inisiatif komuniti.
Tumpuan Perkhidmatan
- 01Khidmat penyelidikan dan perundingan meliputi kontrak penyelidikan serta projek tender luar.
- 02Program latihan dan pembangunan profesional seperti bengkel, seminar, kursus pendek dan penerbitan ilmiah.
- 03Khidmat keusahawanan digital termasuk pembangunan perisian, sistem dan perniagaan atas talian.
- 04Inisiatif komuniti dan kebajikan melalui jaringan kerjasama industri serta antarabangsa.
- 05Aktiviti lain yang diluluskan Ahli Lembaga dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.